Manual Prosedur


JAWATANKUASA EKSEKUTIF HAL EHWAL MURID

1.       TUGAS AM


1.                   Menyelaraskan tugas semua Ahli Jawatankuasa yang berada di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Murid iaitu Unit Sahsiah Disiplin, Unit Sahsiah Cemerlang, Kantin, Skim Perkhidmatan Bantuan Buku Teks, Unit Biasiswa, Unit Kebajikan, Unit Kesihatan dan Koperasi.
2.                   Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi buah fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari semasa ke semasa.
3.                   Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.
4.                   Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Pengetua sebelum tindakan diambil ke atas para pelajar berkenaan.
5.                   Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
6.                   Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
7.                   Memberi bimbingan dan panduan kepada pelajar-pelajar bermasalah.
8.                   Mesyuarat:
8.1        Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua- dua mesyuarat sidang ini diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara Pengetua.
8.2           Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentang dan membincangkan
peraturan yang digubal, cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar. Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.
8.3           Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan
tertentu apabila Pengetua/Pengerusi berpendapat bahawa sidang sedemikian perlu diadakan. Di dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.
9.                   Melaksanakan perancangan aktiviti yang telah disusun dan memastikan penyertaan dari semua pelajar sepeti yang telah ditetapkan oleh sekolah/kementerian pendidikan.
10.               Menerima penerangan-penerangan berkaitan dengan dasar/peraturan/perancangan aktiviti HEM.
11.               Melaksanakn aktiviti mengikut AJK masing-masing.
12.               Menyelaras pelaksanaan aktiviti.
13.               Menganalisis pencapaian keseluruhan aktiviti.
14.               Membuat perancangan untuk tindakan susulan.
15.               Merekod dan melapor kepada Pengetua/PPD/JPN/Kementerian Pendidikan .


2.       JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

2.1   Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks.
2.2   Mesyuarat diadakan dua kali setahun iaitu pada awal dan akhir tahun.
2.3   Pembahagian tugas:
*  Taklimat untuk guru tingkatan.
*  Pembahagian tugas pentadbiran.
*  Buku stok mengikut tingkatan.
*  Pengedaran/pengumpulan.
*  Buku rosak/hilang.
*  Menubuhkan “pasukan petugas” SPBT pelajar.
      2.4  Borang permohonan SPBT.
      2.5  Mengedarkan boring permohonan SPBT1 kepada setiap pelajar.
      2.6  Borang yang lengkap dikumpul oleh guru tingkatan dan menyerahkan kepada guru SPBT.
      2.7  Mengadakan mesyuarat SPBT yang dipengerusikan oleh Pengetua/Penolong Kanan HEM bagi menentukan pelajar-pelajar yang layak mendapat bantuan bagi tahun semasa.
      2.8  Mengedarkan senarai nama pelajar yang layak dan gagal kepada guru tingkatan.
      2.9  Membuat pesanan buku.
      2.10            Membuat pesanan buku untuk tahun berikutnya ke Biro Buku Teks.
      2.11            Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.
      2.12            Mengisi boring maklumat computer dan menghantar mengikut jadul yang ditetapkan.
      2.13            Pengedaran:
      2.14            Mengedarkan buku-buku mengikut tingkatan.
      2.15            Menentukan tarikh pengedaran.
      2.16            Mengesan kelancaran pengedaran.
      2.17            Mendapatkan borang daripada pelajar yang baru pindah sekolah.
      2.18            Mengedarkan buku kepada pelajar-pelajar yang baru masuk.
      2.19            Memastikan borang SPBT 1 telah dihantar ke sekolah pelajar yang pindah sekolah.
      2.20            Memastikan guru tingkatan telah mengagihkan buku pinjaman kepada peljar-pelajar yang layak.
      2.21            Memastikan  guru tingkatan telah melengkapkan borang SPBT G mengikut jadual yang ditetapkan.
      2.22 Pengurusan rekod dan dokumen.
      2.23            Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis.
      2.24            Merekod buku-buku pinjaman dalam buku stok mengikut tingkatan.
      2.25            Menyimpan rekod buku,hapuskira,rosak dan hilang.
      2.26            Pengurusan keselamatn buku.
      2.27            Memastikan ada bilik khas SPBT.
      2.28            Mengurus bilik SPBT.
      2.29            Membuat peraturan penggunaan Bilik Simpanan Buku Teks.
      2.30            Mengurus pengedaran buku ke sekolah lain.
      2.31            Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.
      2.32            Memastikan pelajar menulis nama, tingkatan dan tahun di ruang yang disediakan.
      2.33            Pengurusan pemulangan buku SPBT.
      2.34            Menentukan tarikh pemulangan mengikut tingkatan.
      2.35            Menyediakan senarai nama petugas.
      2.36            Pengurusan stok dan Inventori.
      2.37            Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan negeri.
      2.38            Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
      2.39            Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen baik dan selamat.
      2.40            Mengemaskini Inventori SPBT.
      2.41            Mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD.
      2.42            Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak mendapat pinjaman buk teks(jika berlebihan).
2.43    Meneyediakan senarai judul buku teks bagi setiap tingkatan untuk pelajar-pelajar yang tidak layak.


3.       JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

3.1   Bidang tugas khidmat unit Bimbingan dan Kaunseling meliputi semua aspek,
* Bimbingan pelajar
* Bimbingan kerjaya
* Bimbingan social
* Bimbingan sahsiah
* Bimbingan psikologi
      3.2  Menyediakan perancangan tahunan bagi setiap biro.
      3.3  Mengelolakan program prientasi.
      3.4  Progam silaturrahim bagi tingkatan satu, empat dan enam
      3.5  Penerangan mengenai aliran dan pemilihan pakej mata pelajaran untuk pelajar-pelajar tingkatan empat.
      3.6  Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
      3.7  Mengelola/mengurus bilik unit bimbingan dan kaunseling secara berkesan.
      3.8  Membentuk pasukan pembimbing rakan sebaya(PRS).
      3.9  Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas dan aktiviti unit bimbingan dan kaunseling secara bergilir.
      3.10            Menyelaraskan hubungan dengan agensi-agensi luar untuk mendapat khidmat nasihat.
      3.11            Menjalankan ujian soal selidik,mengesan potensi minat dan sahsiah pelajar.
      3.12            Khidmat individu dan kelompok bagi pelajar bermasalah.
      3.13            Mengadakan program khas pencegahan dadah.
      3.14Mengadakan kursus pemilihan ahli SLAD dan penganugerahan kepada ahli-ahli SLAD.


4    JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH.

4.1   Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan/Kesihatan.
4.2   Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
4.3   Memastikan mutu makanan dan harga jadual berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah disenaraikan.
4.4   Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih,kemas dan ceria.
4.5   Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
4.6   Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron,tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
4.7   Memastikan semua makanan ditututp dengan tudung saji/kain maslin/disimpan dalam bekas yang tertutup.
4.8   Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.
4.9   Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
4.10Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi.
       4.11Menyampaikan Laporan Bulan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEM prestasi kantin.
       4.12Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari masa ke semasa.
4.13Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
4.14Mengawal selia Biro Kantin bagi memastikan mereka menjalankan tugas masing-masing.
4.15Mengadakan Kempan Makanan dan Pemakanan Berkhasiat dari masa ke semasa.
4.16Menyediakan informasi dan santapan minda kepada pelajar di persekitaran kantin.



5         JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN PELAJAR.

1         TUGAS JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN PELAJAR:

1.1   Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peratuan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
1.2   Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.
1.3   Bekerjasama dengan pengawas untuk menguruskan kawalan disiplin semua majlis sekolah.
1.4   Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan prinsip Rukun Negara.
1.5   Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat kepada kementerian/JPN/PPD.
1.6   Menyemak dan meneliti peraturan (berdasarkan yang ada sebagai rujukan).
1.7   Mengubahsuai dan menyediakan draf mengadakan mesyuarat untuk membincangkan draf.
1.8   Menyemak dan meluluskan draf.

2         TUGAS SETIAUSAHA LEMBAGA DISIPLIN:

2.1   Memanggil semua mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat lembaga disiplin.
2.2   Menyampaikan minit meryuarat serta keputusan lembaga disiplin kepada semua guru.
2.3   Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari masa ke masa di perhimpunan sekolah.
2.4   Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada Penolong Kanan HEM.
2.5   Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual pengawas.
2.6   Membimbing/membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
2.7   Mengadakan Kursus Kepimpinan dan Kesedaran untuk pengawas.
2.8   Menyediakan laporan tahunan lembaga disiplin.
2.9   Menyediakan sijil penghargaan kepada pengawas.


3    TUGAS GURU DISIPLIN

3.1  Membantu pengetua merangka peraturan sekolah.
3.2  Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dihayati di sekolah.
3.3  Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakn dan dipatuhi.
3.4  Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.
3.5  Melaksanakan huku disiplin sekiranya diwakilkan Pengetua.
3.6   Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dan ibubapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin sekolah.
3.7   Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah.
3.8   Mencatat semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam boring disiplin/buku laporan disiplin.
3.9   Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM seminggu sekali.
3.10Menghubungi pihak polis jika perlu.
3.11Bekerjasama dengan semua guru untuk meronda kawasan sekolah.
3.12Memberikan maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung dengan kes-kes serius:

·              Penyalahgunaan dadah.
·              Gambar lucah .
·              Video/CD lucah.
·              Peras ugut.
·              Majalah lucah.
·              Kumpulan haram.
·              Bohsia.
·              Lain-lain yang seumpama.
3.13Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu:
·              Hari terakhir peperiksaan.
·              Hari sukan.
·              Hari keluarga.
·              Majlis-majlis sekolah
3.14Tugas Setiausaha Lembaga Pengawas:
·              Menyenarai dan mengemukakan calon pengawas kepada Penolong Kanan HEM.
·              Menyediakan dan menerangkan bidang dan jadual tugas pengawas.
·              Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
·              Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas.
·              Menyediakan laporan tahunan lambaga disiplin.
·              Mencatat kes salahlaku pelajar dan markah potongan di papan kenyataan salahlaku


6         JAWATANKUASA PENGURUSAN KOPERASI SEKOLAH

1.                   TUGAS AM

1.1   Mengatur rancangan jangaka panjang dan jangka pendek serta menentukan pelaksanaannya.
1.2   Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sebulan sekali.
1.3   Mengawasi perjalanan Koperasi sepeti yang ditetapkan oleh Undang-undang Kecil Koperasi.
1.4   Memastikan kewangan diuruskan dengan baik.
1.5   Memastikan Laporan Kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa dikemaskini dan disediakan untuk dihantar ke pihak Pembangunan Koperasi sebelum Mesyuarat Agung.
1.6   Mewujudkan hubungan kakitangan dengan jabatan Pembangunan Koperasi Kawasan.

2.            TUGAS SETIAUSAHA

2.1   Memanggil dan menghadiri semua jenis mesyuarat.
2.2   Menyediakan dan menyampaikan laporan serta dokumen untuk pertimbangan mesyuarat.
2.3   Menyimpan Daftar Nama Ahli serta Buku Laporan kegiatan dan surat-menyurat yang berkaitan.
2.4   Menentukan tarikh,masa,tempat mesyuarat dengan persetujuan pengerusi.
2.5   Menyediakan dan mengedarkan agenda mesyuarat sebelum mesyuarat diadakan kepada ahli dan menyediakan bahan keperluan untuk mesyuarat.
2.6   Membantu pengerusi memberikan maklumat dan penerangan.
2.7   Memastikan daftar kehadiran ahli ketika mesyuarat dan menulis minit mesyuarat untuk edaran seterusnya.
2.8   Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah atau pengerusi dari semasa ke semasa.

3               TUGAS BENDAHARI

3.1   Menerima dan menjaga kewangan koperasi serta membuat pembayaran mengikut arahan Lembaga.
3.2   Memastikan wang yang diterima dimasukkan ke bank dalam masa 24 jam selepas penerimaan.
3.3   Memastikan wang tunai didalam tangan pada stu-satu masa tidak melebihi RM1000 atau yang ditetapkan oleh Lembaga.
3.4   Menyediakan resit,baucer dan dokumen sokongan untuk bayaran dan menyimpannya dengan baik.
3.5   Mengemaskinikan buku-buku akaun koperasi supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa dan dibentangkan dalam mesyuarat agung.
3.6   Menyediakan akaun tahunan dan laporan koperasi untuk dihantar kepada pihak Pembangunan Koperasi dan dibentangkan dalam mesyuarat agung.
3.7Memastikan pembayaran dividen kepada ahli dikemaskinikan dan direkodkan.

4         TUGAS PENGURUS

4.1   Memastikan pengurusan koperasi berjalan lancar.

5         TUGAS PENOLONG PENGURUS 1

5.1   Mengemaskini akaun bulanan.
5.2   Memastikan kewangan diuruskan dengan baik.

6         TUGAS PENOLONG PENGURUS 11

6.1   Membuat pesanan belian barang.
6.2   Memastikan buku stok sentiasa kemaskini.

7         TUGAS PENOLONG PENGURUS 111

7.1   Memastikan pengurusan jual beli dijalankan dengan baik dan betul.
7.2   Menyusun atur barang di koperasi.
7.3   Memastikan AJK Koperasi bertugas mengikut giliran.

8               TUGAS GURU KESIHATAN
8.1   Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi.
8.2   Menyedia boring kebenaran kemasukan bilik sakit di setiap tingkatan .
8.3   Memantau bilik sakit.
8.4   Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan.
8.5   Menampal carta aliran.
8.6   Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan/penyelaras tingkatan.
8.7   Menyedia senarai nama pelajar.
8.8   Mengenal pasti masalah kesihatan pelajar.
8.9   Menyediakan bilik sesuai untuk suntikan.
8.10                        Mengawal dan mendapat maklum balas mengenai kesihatan pelajar.
8.11                        Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan/gigi oleh Jabatan Kesihatan.
8.12                        Memastikan kad kesihatan pelajar diisi dengan:
·  BERAT
·  TINGGI
·  UJIAN PENGLIHATAN MATA
8.13                        Menyediakan Jadul Tugas bilik rawatan.
8.14                        Melantik AJK.
8.15                        Menampal jadual tugas.
8.16                        Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah,pameran,tayangan, dan lain-lain.
8.17                        Menghubungi pegawai kesihatan dalam melaksana program bersepadu antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
8.18                        Mengurus program bersepadu sekolah sihat.
8.19                        Mengurus program yang memerlukan rawatan.
8.20                        Menghubungi guru bertugas mingguan jika perlu.


9            JAWATANKUASA BIASISWA DAN KEBAJIKAN PELAJAR

1   JAWATANKUASA BIASISWA

a.       Mengenalpasti pelajar-pelajar yang layak mendapat biasiswa dengan bantuan guru tingkatan.
b.      Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar yang layak dan menyemak borang permohonan tersebut untuk disahkan.
c.       Memastikan bantuan biasiswa dimasukkan ke dalam akaun pelajar dengan segera.
d.      Menyimpan buku akaun pelajar di tempat yang selamat dan diserahkan kepada pelajar apabila dikehendaki.
e.      Menyimpan daftar/rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan.
f.         Memaklumkan kepada ibubapa/penjaga pelajar yang mendapat biasiswa.
g.      Memastikan wang biasiswa digunakan oleh pelajar untuk kepentingan pembelajaran dengan mengadakan borang kawalan penggunaan dan pengeluaran biasiswa.
h.       Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan membuat laporan kepada Penolong Kanan HEM.
i.         Menghantar surat peringatan kepada ibubapa/penjaga bagi pemegang biasiswa yang prestasinya merosot.
j.         Memastikan semua dokumen disimpan dengan selamat.

2   JAWATANKUASA KEBAJIKAN

a.       Menguruskan hal ehwal pelajar yang memerlukan bantuan seperti:
·  Kemiskinan
·  Kemalangan
·  Rawatan berterusan(penyakit kronik)
·  Kematian ibu atau bapa
·  Kecemasan/bencana
b.      Mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan dengan kerjasama guru tingkatan.
c.       Mewujudkan atau menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.
d.      Merancang program yang sesuai untuk mengisi Tabung Kebajikan Pelajar.
e.      Mengenalpasti sumber-sumber yang sesuai untuk mengisi Tabung Kebajikan Pelajar seperti:
·  PIBG
·  Badan Kebajikan Guru
·  Orang Perseorangan
·  Badan-badan tertentu
·  Pelajar
f.         Merekodkan semua maklumat pelajar yang menerima sumbangan dan sumber kewangan diadakan di dalam buku khas.
g.      Menyimpan semua rekod di tempat yang sesuai dan sentiasa di kemaskinikan.
h.       Menubuhkan Unit Hilang Jumpa.