Pendahuluan

1    PENDAHULUAN

Unit Hal Ehwal Murid SMK Kota Bharu beriltizam untuk melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Kelantan dan mencapai wawasan “ Cakna Pendidikan Kelantan Tersohor 2010 “. Ianya merupakan usaha untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga kehendak isu pendidikan terkini iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang yang memiliki minda kelas pertama menjelang tahun 2011.

            Untuk mencapai hasrat dan cita-cita di atas, Unit HEM telah memilih moto “ Bina Insan Menjayakan Kemenjadian Murid “. Ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang:

  1. Cemerlang akademik ( berilmu dan berketerampilan )
  2. Akidah yang mantap, berakhlak mulia, berdisiplin, keperibadian yang baik dan penampilan diri yang hebat.
  3. Aktif dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan apa jua kegiatan anjuran sekolah
Insya Allah semua unit yang berada dalam Unit HEM akan bekerja secara bersepadu untuk mencapai cita-cita murni ini.

2    VISI

Melahirkan individu pelajar yang bersahsiah berteraskan Agama Islam tahun 2011.


3   MISI

Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK Kota Bharu berusaha menjadikan individu murid yang berkeyakinan, berketerampilan, menarik, bersih dan ceria, berdisiplin dan berakhlak mulia, bersahsiah serta berpengetahuan di samping berkemahiran dalam berkomunikasi, membuat keputusan malah dapat menyelesaikan masalah.







UNIT HAL EHWAL MURID 2011

VISI SEKOLAH: SMKK KOTA BHARU BERWAWASAN MELAHIRKAN PELAJAR GEMILANG
                              SEKOLAH TERBILANG MENJELANG TAHUN 2011

VISI HEM              : MELAHIRKAN INDIVIDU PELAJAR YANG BERKEPERIBADIAN CEMERLANG,
                                  GEMILANG DAN TERBILANG



1.   Unit Disiplin

            a) Misi                 : 1. Memastikan sahsiah dan disiplin pelajar sentiasa terpuji
    2. Memastikan semua guru menghayati konsep semua guru adalah  
        guru disiplin

            b) Matlamat         :    Mematuhi Peraturan Sekolah

            c) Objektif           : 1. Kes salah laku akan menurun 10 peratus mulai penggal kedua 2011
     2. Pada penggal kedua 2011, kadar ponteng menurun ke tahap
         2 peratus setiap bulan
     3. Setiap pelajar akan mengucap salam atau selamat pagi kepada
         guru dan rakan apabila bersua dan menghormati tetamu.


            d) Pelan Tindakan: 1. Menyediakan Buku Peraturan Sekolah
                                          2. Bulan Peningkatan Disiplin ( sepanjang tahun ). Penekanan kepada
                                              misi “ Memperkasakan Bilik Darjah “
                                                2.1 Program Cakna Kelas dan Cakna Pelajar. Ruang Renung
                                                      Sejenak ( huraian peraturan sekolah dan lain-lain akta yang
                                                      Berkaitan ) dalam masa 5 minit sebelum sesi pengajaran dan
                                                      pembelajaran pada masa pertama setiap pagi.
  
                                            Kandungan:
i.         Baca Buku Peraturan Sekolah ( Bulan Januari- Februari )
ii.       Bahaya rokok, arak, dadah, HIV dan anti buli ( Bulan Mac-April )
iii.      Akta Polis dan kesalahan jenayah ( Bulan Mei-Oktober )
iv.     Ulangan perkara i, ii, iii, dan motivasi ( Bulan Mei-November )

2.2 Kempen Kehadiran 100 peratus ( ponteng sifar )
2.3 Kempen tiada pelajar datang lewat
2.4 Pemantauan Disiplin dan spot check yang berterusan

                                         3. Kem jiwa murni dan program anak angkat pelajar bermasalah
                                         4. Program “ Orang Berbudi Kita Berbahasa :. Melaksanakan budaya:
                                                4.1 Budaya Salam dan Selamat Sejahtera
                                                4.2 Jasamu dihargai
                                                4.3 Ucapan tahniah, takziah, dan selamat
                                                4.4 Ucapan sopan seperti terima kasih
                                       
                                        5. Ceramah berkaitan dengan Hal Ehwal Disiplin dan keagamaan.
                                        6. Meneruskan program Pelajar Tanpa Salahlaku Memerusi Sistem Merit.
                                            Penekanan konsep dan amalan kebertanggungjawaban ( akauntabiliti )
                                            Dalam mendidik semua pelajar iaitu “ semua guru adalah guru
        disiplin ”. Program 5 minit membudayakan disiplin. Ruangan renung
        sejenak tentang disiplin dan salahlaku sebelum sesi pengajaran pada
        pertama setiap hari.


TATACARA DAN PERATURAN PERHIMPUNAN RASMI  / BICARA PAGI
                           
HARI / MASA
AKTIVITI
SASARAN
CATATAN
TEMPAT


AHAD
7.30 Pg
-
     8.20 Pg

PERHIMPUNAN MINGGUAN


Semua guru dan pelajar sesi Pagi
Petang ( 5.40 Ptg-
               6.30 Ptg)

Guru bertugas mingguan
Guru AJK Perhimpunan

DEWAN JATI

ISNIN,
SELASA
DAN
KHAMIS
(7.30 Pg
-
7.40Pg)




           ROLL

           CALL


Semua Pelajar
Sesi Pagi

Pelajar Sesi Petang
( 12.00t/h – 12.20t/h)


Guru Bertuga Mingguan,
Guru Tingkatan dan
Kaunselor Pelajar


DATARAN
ILMU

RABU
7.30 – 8.20 pagi

SOLAT HAJAT /
BACAAN YASIN

Semua guru dan pelajar
         I.      Minggu 1 dan 3 : Menengah atas, iaitu tingkatan 4, 5 dan  6.
        II.      Minggu 2 dan 4 : Menengah rendah iaitu tingkatan 1, 2 dan 3.
      III.      AJk Takmir dan Musalla


DEWAN JATI

PERHIMPUNAN
KOKURKULUM

Semua guru dan pelajar
         I.      Minggu I dan 3 : Menengah rendah iaitu tingkatan 1,2 dan 3
        II.      Minggu 2 dan 4 : Menengah atas iaitu tingkatan 4, 5 dan 6.
      III.      Guru tingkatan bersama AJK KOKURIKULUM


DATARAN ILMU.



                     ROLL CALL

7.25 pagi  :  Pelajar berada di Dataran Ilmu dan beratur dalam 
                    barisan kelas masing-masing.

7.30 pagi  :  * Mengaminkan doa

                    * Makluman terkini oleh,

                       i.    Pengurusan sekolah
                       ii.   Unit Kurikulum
  iii.  Unit HEM
   iv.  Unit Kokurikulum

   * Semakan kehadiran dan kekemasan diri pelajar.

7.40 pagi  :  Pelajar beredar balik ke kelas masing-masing  bersama guru tingkatan.

                    -P & P waktu pertama bermula.


                  PENGURUSAN KELAS

7.25 pagi  :  Pelajar beratur di luar kelas masing-masing.

7.30 pagi  :  *  Mengaminkan doa.

                    *  Masuk ke kelas untuk pengurusan kelas bersama guru tingkatan.

              i.    Guru mengambil kehadiran pelajar.
             ii.   Menguruskan kebersihan dan keceriaan kelas.
            iii.  Memeriksa kekemasan diri pelajar.


7.40 pagi  :  P & P waktu pertama bermula. 


2. Pengurusan Tingkatan

            a) Misi                 : 1. Memastikan tingkatan diselaraskan berdasarkan item-item tertentu
    2. Memastikan semua pelajar terbabit dalam pengurusan tingkatan
    3. Mewujudkan kelas yang ceria, selamat dan tersusun

            b) Matlamat         :    Pengurusan Tingkatan Tersusun

            c) Objektif           : 1. Membentuk organisasi kelas yang seragam
     2. menentukan item-item berkenaan ada di dalam kelas
     3. Kelas lebih ceria dan tersusun

            d) Pelan Tindakan: 1. Setiap tingkatan diketuai oleh penyelaras tingkatan
                                          2. Menyediakan profil pelajar
                                          3. Pemantaun berkala
                                          4. Memastikan item-item berkenaan ada di setiap tingkatan
                                          5. Memungut semula item berkenaan pada akhir persekolahan
                                          6. Jamuan akhir tahun bagi tingkatan berkenaan
                                          7. Tabung kelas
                            
3. PENGURUSAN TINGKATAN TAHUN 2011

Di bawah ini disenaraikan beberapa langkah yang perlu dilaksana:
3.1        Pengurusan dan Organisasi Kelas

3.1.1  Membentuk organisasi kelas:
a) AJK induk: Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Setiausaha, Bendahari dan 3 orang Ahli Jawatan Kuasa
b) AJK Kebersihan dan Keceriaan. Bidang tugas:                             
  • Papan kenyataan dan papan maklumat / ilmu Pemantauan secara berterusan
  • Keceriaan di dalam kelas / kain penutup softboard
  • Keceriaan di koridor, pasu dan bunga
3.1.2 Menentukan perkara berikut di dalam kelas
a) jadual waktu
b) Jadual Tugas
c) Perabot dan inventori
d) Visi / misi / moto
e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah
f) jam dinding dan takwim
g) lain-lain carta dan item yang diedarkan oleh Unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum

3.1.3 Mengadakan tabung kelas. Tujuan untuk keceriaan dan kebajikan.
Cadangan: sekurang-kurangnya RM 2.00 sebulan

3.2     Jadual Kedatangan dan Kedatangan Pelajar
3.2.1  Memastikan maklumat yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan
3.2.2  Menanda kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan
            menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat HEM. Guru dikehendaki mengambil dan
            menghantar sendiri Buku Kedatangan Pelajar di Pejabat
Pada hari perhimpunan mingguan, kedatangan diambil di tempat perhimpunan dan Roll Call..
3.2.3          Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
3.2.4          Gunakan pen hitam yang sama jenis dari awal hingga akhir tahun.

3.3        Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain
3.3.1     Memastikan setiap pelajar mempunyai rumah sukan
3.3.2     Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum, persatuan, kelab dan badan beruniform

3.4    Pengurusan Disiplin Tingkatan
3.4.1 Segala rujukan maklumat pelajar oleh JPN dan PPD berdasarkan nama nombor kad
            pengenalan dan nombor daftar pelajar. Pastikan nombor berkenaan ditulis dalam buku
            rekod kedatangan pelajar.
3.4.2          Hendaklah mengisi Borang Data salah laku disiplin ( Borang Data computer ) terhadap
Pelajar yang ada masalah disiplin dan tindakan disiplin dilaksanakan terhadap pelajar berkenaan. Isikan dalam dua salinan. Satu salinan untuk Fail Tingkatan dan satu salinan kepada PK HEM. Sila rujuk jenis kesalahan di belakang borang salah laku.

3.4.3     Segala surat-menyurat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah disediakan dalam tiga
Salinan:
·        Satu salinan untuk Fail Tingkatan
·        Satu salinan untuk ibu bapa / penjaga
·        Satu salinan untuk Fail PK HEM
3.4.5          Ruangan nombor telefon wajib diisi

3.5      Pelajar dilarang sama sekali menanda kehadiran pelajar dalam buku kedatangan pelajar

3.6      Memantau keadaan Buku Kawalan P&P

3.7      Sediakan Fail Pengurusan Tingkatan

·        Fail am: Buku profil dan buku pengurusan
·        Fail surat-menyurat ibu bapa dan disiplin

3.8      Bersama ini dilampirkan contoh Borang Data Salah Laku Disiplin dan carta aliran penguatkuasaan pelajar yang tidak hadir sekolah secara berturutan atau berkala.

3.9      Semua guru hendaklah perihatin terhadap masalah pelajar dan cuba selesaikannya secara bijaksana dan professional.

3.10  Tugas-tugas lain secara terperinci, sila rujuk Buku Panduan Tugas Staf Sekolah yang dikeluarkan oleh PKPSM



4. CARTA ALIRAN PENGUATKUASAAN PELAJAR TIDAK HADIR KE SEKOLAH

4.1 PONTENG SEKOLAH SECARA BERKALA



HARI KE-20

  • Hantar Surat Amaran 2
  • Nasihat dan Kaunseling Kepada Pelajar



HARI KE-40

  • Hantar Surat Amaran Akhir
  • Sertakan Borang Berhenti Sekolah Sukarela
  • Buat Surat Perjanjian
  • Nasihat dan Kaunseling Kepada Pelajar




6.4.1 PONTENG SEKOLAH SECARA `

4.2 PONTENG SEKOLAH SECARA BERTURUTAN



HARI KE-20

  • Hantar Surat Amaran Akhir
  • Sertakan Borang berhenti Sekolah Sukarela
  • Buat Surat Perjanjian
( apabila penjaga hadir )
  • Nasihat dan Kaunseling Kepada Pelajar


HARI KE-7

  • Hantar Surat Amaran Akhir
  • Sertakan Borang berhenti Sekolah Sukarela
  • Buat Surat Perjanjian
 ( apabila penjaga hadir )


HARI KE-5

  • Hantar Surat Amaran 2
  • Isi Borang Salah Laku ( Borang komputer )
  • Nasihat dan Kaunseling Kepada Pelajar ( apabila Pelajar hadir )

HARI KE-3

  • Hantar Surat Amaran 1
  • Nasihat dan Kaunseling Kepada Pelajar
                                                      

















5  Unit bimbingan dan Kaunseling

            a) Misi                 : 1. Memastikan pelajar mendapat perkhidmatan bimbingan dan
                                                 kaunseling secara individu, kelompok dan menyeluruh
    2. Menjadikan dan mengamalkan pendekatan kaunseling dalam
        mendidik pelajar
    3. Memastikan semua program berkaitan dengan bimbingan dan
        kaunseling dilaksanakan dengan jayanya

            b) Matlamat         :    Sempurna Diri

            c) Objektif           : 1. Peningkatan pengendalian sesi individu dan kelompok kepada
                                                5 sesi setiap minggu
     2. Pengendalian program secara menyeluruh kepada pelajar yang
         cemerlang, lemah dan bermasalah ( high risk )
     3. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan lebih
         meluas kepada warga sekolah

            d) Pelan Tindakan / huraian aktiviti
                                         1. Sesi individu ( 3 sesi ) dan sesi kelompok ( 2 sesi ) diadakan setiap
                                                minggu
                                         2. Ruangan Celik Minda, Buka Mata. Motivasi ataupun renungan
                                                 ringkas selama 6 minit setiap kali perhimpunan mingguan.
                                         3. Slot cakna pelajar tidak hadir dan pelajar penteng
                                         4. Kursus Asas Pembimbingan Rakan sebaya
                                         5. Kursus Keibubapaan
                                         6. Kempen penyelidikan dan pencegahan dadah / HIV / AIDS
                                         7. Laluan kerjaya ( lawatan )
                                         8. Kursus kemahiran belajar dan teknik menjawab soalan
                                         9. Taklimat kemasukan ke MRSM, SBP, Matrikulasi, dan IPTA
                                       10. Kursus jati diri
                                       11. Bimbingan kelompok mengikut tingkatan
                                       12. Penyediaan inventori-inventori dan penilaian
                                       13. Kajian Tindakan


 6.  Unit Kantin

            a) Misi                 : 1.  Bekerja secara muafakat dan berpasukan dengan penender kantin
    2. Memastikan kebersihan dan keceriaan kantin sentiasa terkawal
    3. Memastikan pihak kantin menyediakan perkhidmatan terbaik
        kepada pelanggannya

            b) Matlamat         :    Mewujudkan Suasana Kantin Bersih dan Kondusif

            c) Objektif           : 1. Mewujudkan sebuah kantin bersih dan kondusif
     2. Memastikan pihak kantin menyediakan perkhidmatan terbaik
     3. Semua pelajar bertanggungjawab dan mematuhi peraturan semasa
         membeli, semasa makan dan selepas makan

            d) Pelan Tindakan  1. Menyertai pertandingan kantin berbintang
                                         2. Kempen adab makan: makan beradab dan makan tidak tumpah
                                         3. Kempen beratur semasa membeli
                                         4. Kecerian
                                         5. Pembahagian meja makan mengikut tingkatan
                                         6. Mutiara kata dan sudut informasi
                                         7. Membaik pulih alas meja makan
                                         8. Melaksanakan konsep kantin sebagai restoran / kafetaria

7. Unit Kesihatan

            a) Misi                 : 1.  Membentuk generasi yang sihat, sejahtera
    2. Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kesihatan dan menjaga
        kesihatan diri dengan baik
    3. Membantu pihak kesihatan memberi pelalian dan pemeriksaan gigi
    4. Membantu pelajar mendapatkan rawayan jika mengalami masalah
        kesihatan

            b) Matlamat         :    Melahirkan generasi sedar sihat

            c) Objektif           : 1. Membantu pihak kesihatan melaksanakan program Kementerian
         Kesihatan
     2. Pelajar menambah ilmu pengetahuan tentang kesihatan diri dan
         dapat mengamalkan gaya hidup sihat
     3. Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes melalui program
         Kempen Pembasmian Aedes

            d) Pelan Tindakan  1. Mewajibkan pelajar menyediakan satu info kesihatan di papan
                                                kenyataan dalam setiap kelas
                                         2. Kempen Gaya Hidup Sihat
                                         3. Kempen Pembasmian Aedes
                                         4. Kempen Bebas Rokok, Dadah, Minuman Keras dan HIV
                                         5. Program Kementerian Kesihatan
                                                                                                         i.            imunisasi pelajar tingkatan 3 dan 6 rendah
                                                                                                       ii.            pemeriksaan gigi
                                                                                                      iii.            ceramah kesihatan
                                                                                                     iv.            sambutan hari Kesihatan sedunia          
     6. Kempen derma darah

8. Unit Biasiswa

            a) Misi                 : 1.  Memastikan pelajar miskin tidak tercicir daripada proses 
          pembelajaran kerana masalah kewangan
    2. Memastikan pelajar sentiasa bersyukur atas bantuan dan
        kemudahan yang diperolehi
    3. Memastikan pelajar bersikap menghormati ibu bapa, guru, rakan-
        rakan dan masyarakat

            b) Matlamat         :    Pelajar menggunakan wang biasiswa hanya untuk peningkatan
                                               akademik dan jati diri

            c) Objektif           : 1. Prestasi akademik pemegang biasiswa meningkat dan lulus dengan
                                                 cemerlang dalam peperiksaan
                                         2. Pemegang biasiswa dapat membentuk identity dan tidak terikut
         dengan gejala tidak sihat
                  3. Pemegang biasiswa sentiasa hadir ke sekolah dan mengikut segala
                      program anjuran sekolah
     4. Pemegang biasiswa tidak mempunyai masalah disiplin

            d) Pelan Tindakan  1. Memantau dan merekodkan pencapaian akademik pemegang
          biasiswa sekurang-kurangnya untuk peperiksaan pertengahan tahun
          dan akhir tahun atau peperiksaan PMR / SPM dan STPM
      2. Pengeluaran wang mesti melalui pengisian borang permohonan
          pengeluaran yang ditandatangani oleh penjaga
                                          3. Sentiasa berhubung dengan Unit Disiplin untuk mengenal pasti
                                        pemegang biasiswa yang mempunyai masalah disiplin untuk diambil
                                        tindakan yang bersesuaian 
                                    4. Berhubung terus dengan guru tingkatan bagi pemantauan
                                        pembayaran yuran-yuran persekolahan dan kehadiran pelajar ke     
                                        sekolah
                                    5. Mengadakan perjumpaan dengan ibubapa / penjaga pemegang
    biasiswa

9. Unit SPBT
  
          a) Misi                 : 1.  Bersama-sama berusaha meningkatkan kualiti pengurusan buku 
                                              teks
    2. Memastikan semua pelajar menerima buku teks
    3. Menyediakan persekitaran yang selamat untuk penyimpanan buku-
        buku teks
    4. Memikul tanggungjawab dan amanah Kementerian Pelajaran
        Malaysia untuk merealisasikan segala program yang dirancang

            b) Matlamat         :    Pngurusan SPBT berkomputer sepenuhnya

            c) Objektif           : 1. Pengurusan buku teks secara berkomputer akan mencapai tahap 80
                                            peratus pada awal perlaksanaan
                                         2. Semua buku teks tingkatan 1 hingga 5 dapat di kodbarkan
                     menjelang akhir tahun 2010
                 3. Setiap salah laku disiplin murid berkaitan buku teks dapat dikenal
         pasti dan direkodkan dalam SISTEKS untuk meminimumkan 
         kerosakan, kehilangan, kecurian dan ditinggalkan
     4. Semua pelajar akan menyayangi dan bertanggungjawab menjaga  
         buku teks pada setiap masa dan tempat

            d) Pelan Tindakan  1. Mengemaskini maklumat murid dan buku teks dalam sistem 
                                                SISTEKSBBT
                                         2. Pemantauan ‘ spotcheck ‘ mengikut jadual
                                         3. Taklimat dan edaran panduan pengurusan buku teks kepada guru
         tingkatan
     4. Mengaktifkan Kelab SPBT dan Badan Pengawas; aktiviti
         berfokuskan pengurusan buku teks dan mendisiplinkan pelajar untuk   
         menjaga buku teks
     5. Membahagikan buku teks kepada pelajar PMR dan SPM 2010 pada   
         akhir sesi pengajian 2009 untuk kelas cemerlang sahaja

10.  Unit Kebajikan dan Tabung Pelajar

            a) Misi                 : 1.  Memastikan kebajikan pelajar terpelihara
    2. Semua pihak bekerjasama bagi kesejahteraan pelajar

            b) Matlamat         :    Memelihara kebajikan pelajar

            c) Objektif           : 1. Kebajikan pelajar akan dipantau sepanjang tahun
                                         2. Tindakan yang berkesan segera diambil
                 3. Menerapkan sikap yakin diri dalam kalangan pelajar

            d) Pelan Tindakan  1. Mengenal pasti pelajar yang memerlukan bantuan
                                          2. Pemantauan berterusan dan menyeluruh
                                          3. Kutipan derma tabung kebajikan pelajar setiap tahun
                                          4. Sumbangan guru-guru RM 2.00 setiap tahun
                                          5. Program ‘ Masih Ada Yang Sayang “
                                          6. Kempen derma dan sumbangan zakat untuk pelajar-pelajar miskin
                                          7. Kupon Makanan
                                          8. Kutipan derma kilat bagi kes-kes tertentu
                                          9. Kutipan dari NGO
                                        10. Kutipan Derma Daripada Guru dan Kakitangan Sekolah Sebanyak
                                             RM30

11. Koperasi Sekolah

a) Misi                 : 1. Memartabatkan koperasi sebagai satu pemangkin dan tonggak
         utama kegemilangan pendidikan dan perekonomian semua ahli
         ( anggota ).
         Kegemilangan anggota, kegemilangan koperasi, maju koperasi,
         Makmur anggota

            b) Matlamat         :    Meningkatkan jualan dan keuntungan di sampng menjaga kebajikan
                                               ahli. Meningkatkan kesedaran berkoperasi dan pendidikan koperasi
                                               dalam kalangan ahli dan warga sekolah

            c) Objektif           : 1. Meningkatkan jualan dan keuntungan pada tahun 2009
                                         2. Memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada semua ahli, pelajar
                                             dan guru mendapatkan peralatan sekolah yang mencukupi
                 3. Memberi perkhidmatan dan layanan mesra sepanjang masa

            d) Pelan Tindakan  1. Mengadakan kursus pengurusan, perundangan dan perniagaan
                                              koperasi
                                          2. Mengadakan perayaan, ekspo sambutan Hari Koperasi Sekolah
                                          3. Menggalakkan program kemasyarakatan
                                          4. Mengadakan mesyuarat agung dan lembaga mengikut 
                                              undang-undang
                                         5. Menggunakan computer dan perisian khas untuk membuat akaun
                                             dan senarai keanggotaan koperasi dengan lebih tersusun
                                         6. Meningkatkan infastruktur di koperasi
                                         7. Menggalakkan semua warga sekolah menjadi anggota
                                         8. Menggalakkan ahli-ahli membuat penambahan saham
                                         9. Menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti koperasi untuk
                                             lawatan sambil belajar
                                       10. Menambah sumbangan kepada warga sekolah


12. Badan Pengawas

a.   Misi:            1.   Bersedia menyumbang khidmat bakti kepada sekolah.
2.   Mengutamakan disiplin dan nilai-nilai mulia.
3.   Berusaha meningkatkan kecemerlangan diri dalam semua lapangan.

b. Matlamat:         Menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah.

c. Objektif:
1.  Semua pengawas akan mematuhi jadual tugas masing-masing.
2.  Semua pengawas akan melaksanakn tanggungjawab dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
3.  Semua pengawas akan mengutamakan pelajaran masing-masing dan sentiasa bersedia memberi komitmen kepada guru-guru.

d.                  Pelan Tindakan:
1.                   Mengedarkan borang pencalonan
2.                   Temuduga pemilihan pengawas
3.                   Perlantikan pengawas
4.                   Taklimat oleh PK HEM / guru pengawas
5.                   Kursus kepimpinan
6.                   Menyediakan jadual tugas pengawas
7.                   Menyediakan buku pengurusan pengawas.
8.                   Mesyuarat badan pengawas
9.                   Perjumpaan bulanan
10.               Pemantauan harian/berkala
11.               Program silaturrahim/lawatan sambil belajar

13. PEKERTI (Ketua Tingkatan)

a.         Misi:     1.         Mencapai tahap disiplin dan akhlak terpuji serta berketerampilan.
2.         Mencapai prestasi akademik yang lebih cemerlang.
3.         Mendapat penghargaan dan pengiktirafan dari segi kepimpinan.

b.         Matlamat:         Pengurusan kelas yang berkesan.

c.         Objektif Khusus:
1.         Menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.
2.         Melaksanakan tugas dan arahan dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab.
3.         Tahap kepimpinan dan prestasi akademik akan terus cemerlang.
4.         Tidak ada salah laku disiplin di kalangan ketua tingkatan.


d.      Pelan Tindakan/Huraian Aktiviti:
1.         Mengedarkan borang pencalonan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan kepada guru tingkatan.
2.         Majlis Perlantikan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan.
3.         Pemilihan Ahli Jawatankuasa PEKERTI.
4.         Taklimat tugas oleh PK HEM.
5.         Mengadakan kursus kepimpinan.
6.         Mengadakan perjumpaan bulanan.

14. Keselamatan

a.         Misi:     1.         Mempertingkatkan kesedaran kepada warga sekolah tentang peri
pentingnya keselamatan.
2.                   Memastikan semua warga sekolah, bangunan dan persekitaran dalam keadaan selesa dan selamat.

b.         Matlamat:         Sekolah sebagai tempat selamat.

c.         Objektif:
 1.           Memastikan harta benda, persekitaran,bangunan,bilik-bilik dan stor, kawalan keselamatan serta padang permainan dalam keadaan terjamin dan selamat.
 2.           Memberi pendidikan cara-cara menjaga keselamatan kepada warga sekolah dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.
 3.           Memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang teknik menggunakan alat-alat keselamatan.
 4.           Mempertingkatkan kesedaran kepada warga sekolah tentangb pentingnya penjagaan keselamatan.
 5.           Membantu pihak perancang sekolah dalam merancang dan membaik pulih bahagian-bahagian bangunan, kawasan padang, gelanggang permainan, stor dan peralatan yang dikenal berisiko.

d.                  Pelan Tindakan:
1.                         Membentuk jawatankuasa keselamatan .
2.                         Jawatankuasa yang dibentuk akan diberi tugas dan mandat bagi mengenalpasti seterusnya mengambil langkah-langkah tertentu sama ada secara melaporkan kepada pihak berkenaan atau bertindak segera sebagai tanggungjawab yang diamanahkan.
3.                         Mengadakan ceramah keselamatan kepada warga sekolah.
4.                         Menyediakan satu pelan laluan yang dikemaskini dan seterusnya diedarkan kepada semua warga sekolah dan juga ditampal di papan kenyataan kelas serta papan kenyataan umum untuk dihayati oleh semua pelajar sebagai langkah menyelamat diri secara tenteram, aman dan terkawal.
5.                         Mengadakan beberapa siri latihan kebakaran dan menyelamat diri.
6.                         Memeriksa dan mengenalpasti alat pemadam kebakaran disediakan di tempat-tempat yang ditentukan serta dapat berfungsi dengan baik.
7.                         Bekerjasama dengan unit lain yang dibentuk di sekolah dalam usaha melaksanakan setiap program di sekolah dan aktiviti latihan kebakaran dan menyelamat.
8.                         Memberi kesedaran kepada guru kelas, guru mata pelajaran dan pelajar supaya mengutamakan keselamatan dengan cara semua pihak memastikan pelan keselamatan sentiasa berada pada tempat yang sepatutnya.Pendawaian serta peralatan elektrik selamat digunakan, susun atur meja dalam keadaan yang sesuai dan peralatan yang rosak tidak dibiarkan berselarak di dalam kelas.
9.                         Membentuk “Skuad Ronda” yang terdiri daripada ahli-ahli SLAD dan ahli pakaian seragam meronda secara tidak langsung ketika hadir ke sekolah sama ada waktu persekolahan atau pada waktu kehadiran petang dan hari kegiatan kokurikulum.

 15. Kecerian dan Sahsiah Diri

a.       Misi:     1.                       Pembangunan persekitaran sekolah yang ceria.
2.            Mencapai tahap Sekolah Dalam Taman.
3.            Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

b.         Matlamat:         Cakna Kelas, Cakna Taman Cakna Persekitaran Sekolah,Cakna
Alam Sekitar.

c.         Objektif:
1.            Meningkatkan kesedaran betapa perlunya persekitarann yang bersih dan ceria.
2.            Menyelenggarakan taman-taman pada tahap maksima.
3.            Mewujudkan taman-taman baru untuk menambahkan keceriaan.

d.         Pelan Tindakan:
1.            Mengadakan program cakna kelas.
2.            Mengadakan program pelajar ke taman.
3.            Melantik guru penyelia taman.
4.            Menyediakan jadual pemantauan kelas dan taman.
5.            Projek mural.
6.            Kempen sayangi alam sekitar.
7.            Gotong-royong. 

e.         Pelan Tindakan Sahsiah Diri dan Keceriaan

1.         Keceriaan  Taman
i.       Guru Tingkatan dan guru penyelia hendaklah berada di taman masing-masing pada waktu   yang telah ditetapkan.
ii.       Guru penyelia taman hendaklah memastikan bahawa pelajar-pelajar mencabut rumput, mengutip sampah dan memasukkan ke dalam karung plastik hitam yang boleh diambil dari    pekerja swasta di stor pekerja.
iii.      Pastikan tiada pelajar yang lepak dan ‘curi tulang’ semas di taman.
iv.      Guru penyelia dan pelajar berdedar ke kelas masing-masing setelah loceng 8.25 berbunyi.

2.                   Program Sahsiah Diri
i.               Pelajar muslim akan bergerak ke Dewan Jatin pada setiap hari untuk  menunaikan solat Fardhu Zohor secara berjemaah yang akan diimamkan oleh ustaz yang bertugas.
ii.             Pelajar muslim  akan bergerak ke Dewan Jati untuk menyempurnakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin pada Setiap Hari Rabu masa Pertama berselang seli dengan Keceriaan taman berdasarkan jadual yang telah ditetapkan..
iii.            Pelajar bukan Islam bergerak ke Perpustakaan dan Pelajar Uzur Syarie akan ke Kantin untuk Tazkiran oleh  guru yang bertugas..

3.                                     Kecaknaan Kelas
i.               Guru kelas hendaklah memastikan pelajar kelas masing-masing suatu organisasi penggiliran penjagaan keceriaan kelas masing-masing dan memastikan ianya dipatuhi.
ii.             Guru mata pelajaran hendaklah memanfaatkan program 1 minit keceriaan yang diperuntukkan sebaik mungkin.Pastikan  kelas bersih sebelum P&P.
iii.            Guru kelas hendaklah memaklumkan dan menjelaskan kepada para pelajar masing-masing kriteria yang diambil kira dalam permakahan pertandingan cakna kelas.
iv.           Taman mini hendaklah diselenggara sebaik mungkin dengan penyiraman yang mencukupi dan pembajaan yang sesuai mengikut tempoh untuk menjaga kesuburan pokok.
v.             Pastikan kolam di dalam kelas tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.
vi.           Guru pengganti mestlah menjaga kelas yang ditumpangi.

16. Pendaftaran

a.         Misi:     1.Memastikan semua pelajar mempunyai nombor
   pendaftaran.
2.Memastikan maklumat pelajar yang terdapat dalam buku pendaftaran      
                                          sekolah lengkap,kemaskini dan terkini.

b.         Matlamat:         Semua pelajar berdaftar.

c.         Objektif:
          1.                        Nombor pendaftaran pelajar Tingkatan Satu dan maklumat pelajar  
             selesai  dikemaskini dalam buku pendaftaran sekolah selewat-    
             lewatnya pada bulan Januari.
2.                         Pelajar Tingkatan Enam Rendah akan mendapat nombor pendaftaran setelah maklumat pelajar dalam buku pendaftaran sekolah dilengkapkan .
3.                         Pelajar yang baru mendaftar akan diberi nombor pendaftaran setelah mereka mengisi borang pendaftaran pelajar.
4.                         Semua nombor pendaftaran pelajar dan maklumat pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam Rendah selesai dikemaskini menjelang pertengahan penggal kedua.

d.                  Pelan Tindakan:
1.                         Menyediakan borang pendaftaran pelajar dan perlu diisi oleh pelajar Tingkatan Satu dan Enam Rendah.
2.                         Pertemuan dengan guru tingkatan khususnya Tingkatan Satu dan Enam Rendah mengenai prosedur untuk mendapatkan nombor pendaftaran.
3.                         Pemantauan terhadap buku pendaftaran sekolah dilakukan dari semasa ke semasa oleh setiausaha pendaftaran.
4.                         Program pendaftaran pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah dilakukan dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling.
5.                         Memastikan pelajar melengkapkan maklumat tentang diri mereka dalam borang pendaftaran pelajar sebelum didaftarkan.
6.                         Menyediakan fail-fail pendaftaran pelajar khususnya pelajar Tingkatan Satu, Enam Rendah dan pelajar baru mendaftar(menengah bawah dan menengah atas) 

17. Perabot/Stok
a. Misi:          1.           Memastikan perabot sekolah sentiasa berada dalam  
                                       keadaan baik sepanjang masa.
2.                         Memastikan semua pihak bekerjasama dan bertanggungjawab dalam penjagaan perabot sekolah.
3.                         Memastikan perabot sekolah mencukupi bagi kegunaan semua pihak.
b.         Matlamat:         Mengurangkan kadar kerosakan dan kehilangan perabot dan  
                                       peralatan sekolah.
c.                   Objektif:
1.                         Mendidik pelajar menghargai perabot dan peralatan sekolah seperti kepunyaan sendiri.
2.                         Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa perabot dan peralatan sekolah adalah tanggungjawab dan hak kegunaan bersama yang disumbangkan oleh Kementerian Pelajaran sebagai suatu kemudahan pelajar.
3.                         Menanam sikap akauntabiliti pelajar supaya bertindak cepat bagi membaikpulih perabot dan peralatan sekolah yang telah rosak.
4.                         Mengurangkan kadar kerosakan perabot dan peralatan sekolah dari semasa ke semasa.
d.                  Pelan Tindakan:
1.                         Memindah perabot rosak dari kelas/bilik khas ke tempat pengumpulan iaitu di belakang kantin untuk dibaikpulih.
2.                         Memaklumkan kepada guru perabot untuk mendapat gentian perabot baru/dipinjamkan buat sementara waktu sehingga perabot yang dibaik pulih siap.
3.                         Mengisi Borang Pemantauan Perabot 2009 jika perabot yang diganti adalah perabot yang baru(nombor siri baru).
4.                         Perabot yang telah dibaikpulih atau diganti baru hendaklah diambil oleh  ketua tingkatan/penolong untuk dikembalikan ke kelas berkenaan.
5.                         Cermin yang pecah akibat kecuaian pelajar di setiap kelas/bilik khas perlu diganti baru dengan kos tertentu (tertakluk kepada harga semasa dan saiz cermin).
6.                         AJK perabot akan bertindk memasang kembali cermin berkenaan.
7.                         Proses pemasangan perabot seperti papan kenyataan/papan hitam akan dibuat dengan bantuan AJK perabot sekolah.
8.                         Memaklumkan kepada AJK perabot sekolah jika ada kerosakan berkaitan perabot dari semasa ke semasa bagi memudahkan pihak kami mengambil tindakan.
18. Majalah


            a.   Misi:        1.         Memastikan semua aktiviti SMKKB didokumentasikan secara
                              sistematik.
2.                         Memastikan semua bakat dan kebolehan seluruh warga 
                 SMKKB dapat digarap dan ditonjolkan secara terpimpin.
b.                  Matlamat Strategi:
1.                         Membina jati diri seluruh warga SMKKB.
2.                         Menyemai semangat patriotik di jiwa seluruh warga-Bangga menjadi warga SMKKB
c.                   Objektif Khusus:
1.                         Menyiapkan Majalah hAYAT selewat-lewatnya awal
                 November 2011.
2.                         Menghasilkan sebuah Majalah yang berkualiti tinggi.
3.                         Memastikan hanya yang terbaik sahaja dimuatkan untuk tatapan seluruh warga SMKKB
d.                  Pelan Tindakan
a)                         Disember 2010-Mengenalpasti sistem fail untuk tujuan surat
                menyurat. - Menghantar surat permohonan menerbitkan majalah.
b)            Januari 2011 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk
               i)Jadual Kerja/Takwim 2011
                ii)Penetapan Prosedur Kerja
               iii)Bajet-Jumlah naskhah yang perlu dicetak(6m/s berwarna)
               iv)Pemilihan tempat percetakan
  *Membuka peluang / Kongsi Idea – PENDAPAT UMUM  seluruh warga.
                                                v)Temuduga Pemilihan AJK Majalah (Pelajar)
                                                     vi) Majlis Pelancaran Majalah
                                 c)            Februari      -Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
                                              i)Jadual Kerja
                                            ii)Pembahagian tugas
                                            iii)Pelaksanaan proses kerja
                                            iv)Frame time
         d)            Mac            -Memohon Teks Kata Alu-aluan
         e)            Jun             -SESI FOTOGRAFI
         f)             Ogos          -Draf untuk disemak
         g)            September -Hantar ke Syarikat Percetakan
         h)            Awal Oktober    -Final Editing (PROOF)
                                          -Hantar semua